FELDA Akan Majukan Tanah Berpotensi Baharu Yang Telah Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR – FELDA sudah mengenal pasti beberapa lagi tanah miliknya di seluruh negara yang berpotensi dimajukan projek hartanah bercampur baharu selepas pembangunan perbandaran bersepadu di Bukit Katil, Melaka, siap kelak.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata antara perancangan yang bakal menyusul selepas Bukit Katil adalah pembangunan tanah FELDA Pulau Indah Klang dan Bukit Cerakah Shah Alam.

Katanya, sebagai antara syarikat yang kaya dengan aset tanah di negara ini, FELDA yakin pengambilalihan Encorp Bhd (Encorp) dapat mempercepatkan lagi pembangunan tanah kumpulan perladangan itu.

“Kami sudah kenal pasti beberapa kawasan, dimulakan dengan Bukit Katil dulu, yang lain akan menyusul, terutama dari segi pembangunan hartanah kawasan FELDA seluruh negara,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, Khamis.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis memeterai operjanjian melantik Encorp Bukit Katil Sdn Bhd sebagai pemaju induk perbandaran bercampur yang meliputi unit kediaman dan komersial itu. – Berita Harian

20160120_120216

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.