IKTBN Temerloh Sertai Karnival Jom Sambung Belajar 2016 FELDA Wilayah Kuantan

TEMERLOH – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menyertai Karnival Jom Sambung Belajar 2016 FELDA Wilayah Kuantan yang diadakan di Pusat Latihan FELDA Chini, Pekan, Pahang baru-baru ini.

Pada karnival tersebut, IKTBN Temerloh telah membuka booth pameran bagi memberi penerangan berkaitan kemasukan ke IKTBN Temerloh kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sekitar Chini dan daerah Pekan yang lain.

Dua pegawai dari IKTBN Temerloh terlibat menjayakan program tersebut, iaitu Muhd Zulkiffli Mohd Yusoff dan Mohd Faizal Che Hassan dari Cawangan Hubungan Industri dan Promosi IKTBN Temerloh.

Karnival ini juga disertai beberapa ILKA, ILKS, IPTA dan IPTS yang lain.

Diantaranya seperti IKM TASYA, Kolej PSDC, Politeknik Sultan Ahmad Shah Kuantan serta UNITAR.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ucapan aluan dari pihak penganjur sebelum setiap wakil dari ILK dan IPT diberi peluang untuk memberi penerangan selama lima hingga 10 minit seorang untuk mempromosikan institusi masin-masing.

Pada jam 12.00 tengahari, Penolong Pengurus Besar FELDA Wilayah Kuantan, Afzal Hanis Hamid Abd Kadir turut memberi ucapan kepada para peserta dan pengunjung serta merasmikan karnival yang dianjurkan pihak FELDA Wilayah Kuantan ini.

iktbnt_karnival16

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.