1MDB: Pembentangan Laporan Akhir Audit Ditangguh

PETALING JAYA: Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan kepada bulan depan, kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pembentangan laporan berkenaan yang dijadualkan pada 24 Februari (Rabu) dan 25 Februari (Khamis) ini ditangguhkan kepada minggu pertama Mac.

“Penangguhan dibuat memandangkan kebanyakan ahli PAC berada di luar negara, ada yang menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.

“Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.