Peserta Program Adiwangsa Berdiri Teguh Dibelakang Kepimpinan Negara

BANGI – Wakil pelajar peserta Program Adiwangsa Pelajar Pra-Universiti (Tingkatan 6) 2016, Muhamad Norfiqiri Abd Hamid mengakhiri ucapannya dengan menyatakan pendirian mereka, bahawa mereka (para peserta Program Adiwangsa) akan sentiasa menyokong dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan negara sedia ada.

Program Adiwangsa Pelajar Pra-Universiti (Tingkatan 6) 2016 yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini melibatkan 150 orang pelajar tingkatan 6 dari 22 buah sekolah.

Kesemua peserta Program Adiwangsa ini merupakan generasi baharu Felda dari 10 buah wilayah Felda di Semenanjung Malaysia.

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad malam semalam di Dewan Bankuet Institut Semarak FELDA (ISEF).

adiwangsa
Wakil pelajar peserta Program Adiwangsa Pelajar Pra-Universiti (Tingkatan 6) 2016, Muhamad Norfiqiri Abd Hamid

Muhamad Norfiqiri yang mewakili semua peserta Program Adiwangsa mengucapkan terima kasihnya kepada pengurusan tertinggi Felda khususnya Jabatan Pendidikan Felda kerana memberikan peluang kepada generasi baharu Felda yang bakal menghadapi peperiksaan STPM ini untuk mengikuti program selama 3 hari 2 malam yang mampu menguatkan semangat jati diri dan sifat kepimpinan dalam diri mereka sebagai anak-anak Felda.

“Melalui program ini, kami telah didedahkan berkaitan hal ehwal Felda dengan lebih mendalam. Keadaan ini membuatkan kami sedar dan faham akan kegigihan dan ketekunan pihak Felda dalam membangunkan generasi Felda khususnya generasi baharu,” kata Norfiqiri.

“Program ini telah meningkatkan silaturahim antara kami semakin kuat dan kukuh dalam membentuk perpaduan dikalangan generasi baharu Felda. Selain itu, program ini menyedarkan kami akan kepentingan bersatu padu dan bersemangat mencapai cita-cita, sekali gus mampu mengangkat martabat generasi baharu Felda kemata dunia,” jelas Norfiqiri.

“Kami berharap agar program ini atau seumpamanya dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memastikan generasi baharu Felda dapat terus ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan generasi yang lain.”

“Kami seluruh pelajar Pra-Universiti Tingkatan 6, sentiasa menyokong dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan negara yang sedia ada!” ujarnya menutup ucapannya.

Turut hadir sama dalam Program Adiwangsa Pelajar Pra-Universiti (Tingkatan 6) 2016 adalah, Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada; Timbalan Pengarah Besar Felda (Pembangunan Komuniti), Anuar Malek; Penolong Pengarah Seksyen Latihan dan NGO’s Seranta (wakil rasmi Pengarah Seranta Felda), Azrel Izad Md Nordin dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Nadzman Radzaly.

adiwangsa (41)
Pengerusi Felda, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abd Samad turut beramah mesra dengan peserta dan urusetia Program Adiwangsa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.