Anak Syarikat Logistik FGV Buka Pejabat Baharu Di Kuching

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Felda Transport Services Sdn Bhd (FTSSB), memperluaskan operasinya dengan membuka pejabat baharu di Kuching, Sarawak.

Dalam satu kenyataan, FGV berkata pejabat baharu berkenaan yang terletak di Taman Perindustrian Sejingat, akan mula beroperasi pada 3 Mei.

Pejabat baharu FTSSB itu akan menguruskan perkhidmatan logistik dalam empat bidang utama iaitu pengangkutan minyak sawit, operasi kargo, pengangkutan dan pengendali pelbagai pengangkutan, melalui Kompleks Kargo MAS.

Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata penubuhan pejabat FTSSB di Kuching akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti tempatan dalam industri logistik Sarawak.

“FTSSB akan dapat menawarkan bakal rakan kongsi dan rakan perniagaan sedia ada perkhidmatan logistik khusus serta standard dan ini akan menjana pertumbuhan ekonomi dalam sektor dan menyokong pembangunan sosioekonomi kawasan sekitar,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.