Pemandu Disaran Guna Webcam Rakam Kesalahan Jalan Raya Yang Disaksi

KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya disaran memasang alat perakam video (webcam) kereta pada kenderaan bagi memudahkan mereka merakam sebarang kesalahan jalan raya yang disaksikan sebagai bukti.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri berkata webcam dapat mengelak pemandu menggunakan telefon pintar untuk merakam gambar semasa memandu.

“Sekiranya pemandu yang menyaksikan kemalangan atau kesalahan jalan raya yang dilakukan pemandu lain menggunakan telefon sambil memandu, ia sudah mengundang bahaya yang lain pula. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.