Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dihentikan Dua Jam Untuk Latihan Sistem

PUTRAJAYA – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini dihentikan selama dua jam bagi Latihan Sistem Transit Trek.

Latihan itu yang melibatkan perberhentian perkhidmatan dua buah aerotrain, selesai pada kira-kira tengah hari.

Operator lapangan terbang Malaysia Airport Holdings Bhd memuat naik empat makluman dalam akaun facebooknya dalam tempoh empat jam seawal 8 pagi untuk memaklumkan kepada orang awam tentang latihan itu yang bertujuan untuk menguji dan memastikan kesiapsiagaan jika berlaku krisis. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.