Pejabat Tabung Haji Tutup Pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan bahawa semua cawangan TH akan ditutup pada Jumaat, 8 Julai sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Rabu ini.

Bagaimanapun, penutupan cawangan TH tidak terpakai sekiranya Hari Raya diisytiharkan pada Selasa, 5 Julai.

TH menasihatkan pendeposit dan orang ramai yang ingin melakukan transaksi di kaunter TH supaya membuat perancangan awal dan melakukan transaksi mereka sebelum atau selepas cuti umum Aidilfitri.

Sebarang pertanyaan, hubungi TH Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919 atau emel kepada th-info@lth.gov.my. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.