JDT Belasah Kedah 5-0

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya setelah berehat lama dari saingan Liga Super dengan membelasah pasukan Kedah, 5-0 di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Dengan pesta gol malam ini, skuad Harimau Selatan kekal mengungguli takhta Liga Super dengan 33 mata selepas 13 perlawanan, berkelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Felda United yang turut mencatat kemenangan di laman sendiri.

Pemain kontroversi berikutan mengumumkan persaraan dari skuad kebangsaan, Safiq Rahim meletakkan tuan rumah selesa di hadapan apabila menyumbang dua gol pada minit ke-27 dan 40. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.