‘Tiada istilah gentar dengan Felda United’ – Gary Philips

“Tiada istilah gentar dengan Felda United”, demikian tegas ketua jurulatih Negeri Sembilan, Gary Philips, bagi aksi bertemu pasukan Felda United dalam saingan Piala Malaysia, malam ini.

Tewas dengan Melaka United tempoh hari perlu dijadikan pengajaran buat pasukan ini bagi memastikan situasi sama tidak berulang berdepan Felda United.

Ia tampak sukar tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh pasukan Hobin Jang Hobin selain memerah segala keringat demi mencuri tiga mata di laman sendiri.

Meskipun skuad lawan telah pun layak ke suku akhir terlebih awal, Philips percaya Felda United tidak akan memberi laluan mudah buat anak buahnya.

“Saya pasti semua pemain bangga dengan pasukan yang mereka wakili.

“Kami jangka Felda United akan bermain dengan kekuatan penuh. Pemain-pemain sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk beraksi.

“Kami agak kecewa dalam Liga Perdana kebelakangan ini, jadi kami mahu mencapai sesuatu pada musim ini,” katanya.

Kesemua pemain kini berada dalam keadaan baik dalam mengekalkan konsistensi dalam setiap perlawanan dan kini mereka hanya perlu bijak melakukan penyudah berkesan dalam memburu gol.

“Kami mahu memberi saingan hebat dalam setiap perlawanan. Sudah jelas Felda sangat mantap, mereka bermain dengan yakin, pantas, melakukan hantaran-hantaran bagus, berusaha keras tetapi tetap kekal tenang.” – Stadium Astro

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.