215 Anggota Batalion Malaysia 850-4 Berlepas Ke Lebanon

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama 215 anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-4 hari ini berlepas ke Lebanon bagi melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL).

Kumpulan yang diketuai Kolonel Nazim Mohd. Halim itu disertai 55 pegawai dan 160 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seorang dan empat anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ADBD).

Pasukan itu yang ditugaskan untuk menggantikan MALBATT 850-3 akan ditempatkan di Kem Ma’rakah, Lebanon, dengan kumpulan kedua hingga keempat MALBATT 850-4 dijadualkan berlepas pada 14, 20 dan 26 September ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.