Fenomena Air Pasang Besar Turut Landa Pantai Remis

BERUAS – Kawasan Bagan Pancor di Pantai Remis dekat sini turut dinaiki air akibat fenomena air pasang besar hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi ini menyebabkan air naik sehingga ke jalan utama namun tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan atau penduduk diarahkan berpindah akibat banjir.

Setakat ini fenomena tersebut telah pulih sepenuhnya dan tiada lagi kawasan yang dinaiki air.

beruas2

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis membersihkan laluan yang dinaiki air di Bagan Pancor.

Fenomena tersebut turut penyebabkan peraih dan peniaga ikan di Bagan Pancor mengalami kerugian apabila tidak dapat ke jeti untuk mengambil ikan daripada nelayan disebabkan jalan menghala ke jeti dinaiki air.

Selain itu, sebahagian nelayan tidak dapat mendaratkan hasil tangkapan mereka di jeti kerana ribut kuat. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.