4 Rumah Kebajikan Dinamakan Sempena Nama 4 Pemenang Pingat Paralimpik

KUALA LUMPUR – Empat rumah kebajikan Taman Sinar Harapan akan dinamakan dengan nama empat atlet yang mencatatkan kejayaan di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Taman Sinar Harapan itu akan mengambil nama atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli; pelari pecut, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi; atlet lompat jauh lelaki, Abdul Latif Romly dan atlet lompat jauh wanita, Siti Noor Radiah Ismail yang memperoleh pingat di acara dunia tersebut.

Penamaan tersebut diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Kongres Dunia Pemulihan Berasaskan Komuniti di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.