ARRC: Kemenangan Berganda, Fazli Kibar Jalur Gemilang Di New Delhi

NEW DELHI – Pelumba Malaysia, Ahmad Fazli Sham berjaya mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah dari atas podium apabila meneruskan aksi cemerlang dengan meraih kemenangan berganda dalam saingan Underbone 130cc pada Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2016 di Litar Antarabangsa Buddh, New Delhi, India, semalam.

Kemenangan Fazli ini merupakan kemenangannya yang ketiga dalam saingan ARRC musim 2016.

fazli-01
Ahmad Fazli Sham

Selepas memenangi Perlumbaan 1, Sabtu, pelumba berpengalaman dari pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor itu sekali lagi tampil bertenaga untuk meraih kemenangan setelah menamatkan tujuh pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan, 17’17.612s, 0.121s dihadapan Wahyu Aji Trilaksana (TPK48 BKMS Indonesia) manakala tempat ketiga milik rakan sepasukan, Md Haziq Fairues dengan masa 17’17.834s.

Dua kemenangan di India meletakkan Fazli kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 110 mata, hanya tiga mata di belakang Wahyu Aji yang mengumpul 113 mata manakala Md Izzat Zaidi (RCB Kage Motobatt Yamaha YY Pang Racing) kekal di tangga ketiga dengan mengumpul 107 mata.

Pendahulu selepas Perlumbaan 1, Md Amirul Ariff Musa jatuh ke tangga keempat dengan mengumpul 106 mata apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Ahmad Fazli Sham raih dua kemenangan di India
Ahmad Fazli Sham raih dua kemenangan di India

Bagi kategori SuperSports 600cc, pelumba Australia, Anthony West turut meraih kemenangan berganda sekaligus menjadikan pemburuan gelaran keseluruhan semakin sengit menjelang perlumbaan pusingan terakhir di Buriram, Thailand, Disember depan.

Sama seperti Perlumbaan 1, pelumba Akeno Speed WJR Racing itu mudah melintasi garisan penamat apabila menamatkan 16 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 31’03.153s, 3.199s dihadapan pemenang tempat kedua, Decha Kraisart (Yamaha Thailand Racing) sementara tempat ketiga milik pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman (BikeArt Racing Kawasaki) dengan masa 31’10.691s.

Perlumbaan SuperSports 600cc
Perlumbaan SuperSports 600cc

“Peringkat awal perlumbaan semalam lebih sukar berbanding Sabtu. Pelumba-pelumba di hadapan lebih laju dan mereka berupaya mengejar saya khususnya di beberapa pusingan awal.”

“Pada penghujung perlumbaan, saya mula dapat menjarakkan diri dan berjaya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas West yang kini berada di tangga kelima keseluruhan dengan 99 mata.

ss600-01
Anthony West

Berbaki 50 mata kejuaraan dalam dua perlumbaan akhir pada pusingan penamat musim 2016 di Thailand, persaingan merebut gelaran keseluruhan semakin sengit diantara empat pelumba iaitu pendahulu, Tomoyoshi Koyama (T. Pro Yuzy Honda NTS With Wow) kekal di tangga teratas dengan mengumpul 150 mata, hanya tujuh mata mengatasi Md Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing) di tangga kedua dengan 143 mata.

Rakan sepasukan Zaqhwan yang juga merupakan juara bertahan, Yuki Takahashi di tangga ketiga dengan 128 mata diikuti Azlan dengan 116 mata.

Sementara itu, dua kemenangan di India menobatkan Apiwat Wongthananon selaku juara keseluruhan Asia Production 250cc dengan mengumpul 221 mata, 70 mata mengatasi Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) yang mengumpul 151 mata dengan hanya berbaki 50 mata kejuaraan sahaja menjelang pusingan terakhir di Thailand, Disember depan.

Apiwat Wongthananon
Apiwat Wongthananon

Meskipun pada peringkat awal perlumbaan dikuasai oleh pelumba Indonesia, Galang Hendra Pratama (Yamaha Racing Indonesia), namun Apiwat berjaya mendahului kedudukan pada penghujung perlumbaan seterusnya menamatkan sembilan pusingan perlumbaan dengan masa 20’37.809s diikuti rakan senegara, Sitthisak Onchawiang (AP Honda Racing Thailand) manakala Galang sekadar di kedudukan ketiga dengan masa 20’38.364s.

Malang buat pelumba Malaysia, Ahmad Afif Amran (Hong Leong Yamaha) yang pada satu ketika bersaing merebut kedudukan podium dengan berada di kedudukan keempat apabila terjatuh pada selekoh terakhir menuju ke garisan penamat sambil Kasma Daniel Kasmayuddin muncul pelumba terbaik negara dengan menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Podium SS600
Podium SuperSports 600cc

Keputusan Perlumbaan 2 Pusingan 5 ARRC – India
SuperSports 600cc
1. Anthony West (AUS) Yamaha 31’03.153s
2. Decha Kraisart (THA) Yamaha 31’06.352s
3. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 31’10.691s
4. Anucha Narkcharoensri (THA) Yamaha 31’11.718s
5. Yuki Takahashi (JPN) Honda 31’11.925s

Kedudukan Keseluruhan
1. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 150 mata
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 143 mata
3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 128 mata
4. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 116 mata
5. Anthony Keith West (AUS) Yamaha 99 mata

Podium AP250
Podium Asia Production 250cc

Asia Production 250cc
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 20’37.809s
2. Sitthisak Onchawiang (THA) Honda 20’38.285s
3. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 20’38.364s
4. Vorapong Malahuan (THA) Yamaha 20’38.729s
5. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’38.870s

Kedudukan Keseluruhan
1. Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha 221 mata (JUARA KESELURUHAN)
2. Takehiro Yamamoto (JPN) Kawasaki 151 mata
3. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 128 mata
4. Peerapong Loiboonpeng (THA) Yamaha 118 mata
5. Galang Hendra Pratama (INA) Yamaha 97 mata

Saingan Underbone 130cc
Saingan Underbone 130cc

Underbone 130cc
1. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 17’17.612s
2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 17’17.733s
3. Md Haziq Fairues (MAS) Yamaha 17’17.834s
4. Florianus Roy Brilya (INA) Yamaha 17’18.167s
5. Md Adib Rosley (MAS) Yamaha 17’18.585s

Kedudukan Keseluruhan
1. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 113 mata
2. Ahmad Fazli Sham (MAS) Yamaha 110 mata
3. Md Izzat Zaidi (MAS) Yamaha 107 mata
4. Md Amirul Ariff Musa (MAS) Honda 106 mata
5. Norizman Ismail (MAS) Honda 75 mata

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.