Gangguan Bekalan Air Di Kuala Langat Berikutan Paip Bocor

KUALA LUMPUR: Sebanyak 87 kawasan di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip bocor di hadapan kilang SGL Carbon, Bandar Mahkota Banting, Selangor.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan malam Isnin, berkata kerja-kerja pembaikan paip air bocor itu sedang dijalankan dan dijangka siap tengah hari Selasa (1 Nov).

Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan melalui aplikasi telefon bimbit pintar, “mySYABAS”, www.syabas.com.my, atau laman Facebook, “Puspel Syabas” atau “Air Selangor”. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.