2 Pemain JDT Sertai Perak, Pemain FUFC Juga Bakal Sertai Perak

IPOH – Dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jasazrin Jamaludin dan Nazrin Nawi bakal memperkuatkan Perak dalam saingan Liga Malaysia (LM) musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata kedua-dua pemain berkenaan sudah pun mendapat pelepasan dari pasukan lama mereka itu.

“Mereka kini bebas menyertai Perak dan dijangka memulakan latihan bersama pasukan Isnin ini,” katanya di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut, Puhat berkata beberapa pemain terkenal juga kini berada dalam radar Perak dan usaha mendapatkan mereka sedang dijalankan.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain terbabit.

Pada masa sama, katanya, Perak dalam proses memeterai ikatan dengan pemain FELDA United FC, Idris Ahmad.

Selain itu, dua pemain DRB Hicom dan bekas penjaga gol Pulau Pinang sedang menjalani latihan bersama skuad Bos Gaurus bermula sejak Isnin minggu lalu.

Perak mengekalkan khidmat 14 pemain skuad 2016 termasuk pemain import, Thiago Junio Aquino bagi menghadapi saingan musim depan. – BH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.