Banjir: Pengarah Besar FELDA Sampaikan Sumbangan Tabung Bencana Di Jengka

JENGKA – Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada turun padang ke FELDA Jengka 8 untuk meninjau kawasan yang terlibat banjir di Wilayah Jengka dan sekaligus bersama-sama mangsa banjir di pusat pemindahan banjir serta menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Wilayah Jengka di sini, semalam.

Lawatan yang diadakan lewat petang semalam dan berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan, mangsa banjir terdiri daripada 26 orang lelaki, 27 orang wanita, 18 orang kanak-kanak, 26 orang warga emas, 2 orang OKU dan 3 orang bayi.

Di dalam sesi tersebut, Hanapi turut menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Wilayah Jengka sebanyak RM300 kepada setiap peneroka (mangsa banjir) yang mencarum.

Mangsa banjir Jengka 8 kini ditempatkan di Dewan Semai Bakti FELDA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.