Mangsa Banjir Di Perak Kurang Sedikit Pagi Ini

IPOH – Empat mangsa ‘banjir termenung’ di daerah Manjung dibenarkan pulang semalam, menjadikan mereka yang masih berada di pusat pemindahan seramai 163 orang setakat 8 pagi ini.

Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai.

Kawasan itu dilanda ‘banjir termenung’, iaitu keadaan air yang bertakung tidak dapat mengalir keluar ke sungai atau laut, sejak dua minggu lalu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.