Jual Aset Untuk Stabilkan Aliran Tunai – Pengerusi FELDA

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, beberapa aset matang FELDA dijual dan dicairkan adalah bertujuan untuk menstabilkan aliran tunai FELDA.

“Adalah penting untuk menstabilkan aliran tunai FELDA.”

“Kerana itu FELDA telah memutuskan pada tahun lalu, untuk menjual beberapa aset dan pelaburan dalam portfolio FELDA,” katanya dalam satu temu bual di stesen radio BFM, pagi tadi.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Beliau berkata demikian merujuk kepada penjualan sebahagian saham FELDA di Maybank dan rancangan untuk menjual hotel milik FELDA di Bayswater, London, yang kini sedang dalam proses penjualan.

Dalam temu bual segmen pagi 89.9 stesen radio tersebut, beliau berkata untuk menstabilkan aliran tunai tahun lalu, FELDA telah menjual saham Maybank.

FELDA telah menjual pegangannya dalam Maybank pada harga RM280 juta.

“Saya berpendapat bahawa hotel di Bayswater telah matang dari segi nilai dalam erti kata lain ianya membawa pulangan kerana kita membelinya pada nilai (tukaran matawang) pound agak rendah, kurang daripada lima dan kini ia adalah lebih daripada lima,” katanya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.