Peralatan Di Wad NICU Hospital Shah Alam Terbakar

SHAH ALAM – Sebuah peralatan di dalam wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Shah Alam (HSA) terbakar di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9 pagi ini namun berjaya dipadamkan segera oleh kakitangan HSA sendiri.

Bagaimanapun katanya, kebakaran itu hanya membabitkan palam peralatan sahaja tanpa melibatkan struktur bangunan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.