Penumpang Sakit Mental Cuba Masuk Kokpit Pesawat

RABAT: Seorang penumpang yang dipercayai mengalami masalah mental cuba memasuki kokpit sebuah pesawat komersial menuju ke Casablanca, Maghribi dari Paris.

Agensi berita MAP yang memetik kenyataan polis melaporkan, seorang lelaki berusia 26 tahun yang namanya tidak didedahkan ke tandas sebelum cuba masuk ke kokpit.

Bagaimanapun lapor AFP, tindakan lelaki itu berjaya dihalang kru penerbangan berkenaa.

Tiada butiran lanjut berhubung insiden itu atau nama syarikat penerbangan yang terbabit.

Difahamkan, lelaki itu adalah pendatang haram di Perancis yang mempunyai ‘masalah mental’ dan terpaksa ditemani bapa saudaranya untuk menaiki pesawat ke Maghribi.

Menurut polis, sebaik sahaja pesawat itu mendarat di Casablanca, lelaki terbabit dibawa ke klinik di lapangan terbang, dan kemudian mengesahkan dia mempunyai masalah mental sebelum dihantar ke hospital psikiatri. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.