Tidak Kenakan Cukai Import Minyak Sawit, Najib Ucap Terima Kasih Kepada Presiden Hollande

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa terima kasih kepada Presiden Perancis, Francois Hollande kerana bersetuju untuk tidak mengenakan cukai import kepada minyak sawit Malaysia.

Najib menerusi portal Najibrazak.com menulis, Hollande bersetuju mengenai isu cukai import minyak sawit selepas bermesyuarat di Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Malah, Najib turut menerangkan industri minyak sawit merupakan sumber pendapatan utama untuk lebih dari 600,000 orang di Malaysia.

“Secara peribadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Hollande kerana bersetuju untuk tidak mengenakan cukai import kepada minyak sawit Malaysia.

“Saya juga berkongsi betapa pentingnya industri minyak sawit di negara ini di mana ia merupakan sumber pendatapan kepada lebih dari 600,000 penduduk Malaysia,” tulis Najib.

Bukan itu sahaja, Najib turut meyakinkan Hollande bahawa industri minyak sawit di Malaysia berkembang secara mampan dan mesra alam bagi mencapai piawaian industri minyak sawit negara ini untuk diterima oleh Kesatuan Eropah dan bukan sahaja Perancis.

“Saya meyakinkan Presiden Hollande bahawa industri minyak sawit Malaysia berkembang secara mampan dan mesra alam. Saya menerangkan juga kita sedang mengembangkan piawaian industri minyak sawit negara kita untuk diterima oleh Kesatuan Eropah, dan bukan sahaja Perancis,” terang Najib.

Kerajaan Perancis menyatakan akan mengenakan cukai import bagi pengeluaran minyak sawit sahaja tahun lalu.

Untuk rekod, Malaysia adalah sebagai pengeluar utama minyak sawit dan menghasilkan minyak yang baik serta sihat yang tidak mengandungi makanan diubahsuai secara genetik selain terbukti dari segi saintifik mempunyai ciri-ciri yang sama seperti minyak zaitun.

Semalam, Hollande berlepas dari sini untuk ke Jakarta selepas mengakhiri lawatan negara selama dua hari ke Malaysia

Lawatan negara oleh Hollande, yang tiba di Malaysia kelmarin, merupakan sebahagian daripada lawatan sulung Presiden Perancis itu ke rantau ASEAN.

SEPANG – Presiden Perancis, Francois Hollande sebelum berlepas ke Indonesia bagi menamatkan lawatan negara dua hari ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. – foto: BERNAMA

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.