Felda United Mahu Pastikan Tiga Mata – Sathianathan

SHAH ALAM – Wakil negara, Felda United FC mahu memastikan kemenangan bagi meningkatkan moral pasukan apabila menentang Ceres Negros dari Filipina dalam saingan Kumpulan G Piala AFC di Stadium Shah Alam, esok.

Ketua jurulatih naib juara Liga Super 2016 itu, B. Sathianathan percaya pemainnya mampu menampilkan saingan hebat bagi memastikan tiga mata berharga di gelanggang sendiri.

“Jika kami menang esok, ia mampu meningkatkan semangat pasukan dan kami boleh melonjak ke tangga ketiga atau kedua dalam Kumpulan G.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.