Pasukan SAR Hadapi Kesulitan Kawasan Pencarian Berlumpur – Bomba

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Kelapa Sawit Sen Fu, Tongod, Kinabatangan, Sabtu lepas, menghadapi kesukaran berikutan kawasan pencarian berlumpur.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pasukan SAR yang melakukan kerja-kerja pemugaran pada timbunan runtuhan rumah terpaksa meredah lumpur yang mencecah hingga ke paras paha.

“Kerja-kerja pemugaran mengalami sedikit kesulitan selain terdapat timbunan batu besar dan kayu yang dibawa banjir,” kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.