Pasukan SAR Perlukan Jentera Berat Untuk Kesan Mangsa Hilang – APM

KOTA KINABALU – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tujuh mangsa dipercayai dihanyutkan banjir lumpur dalam kejadian tanah runtuh di Ladang Kelapa Sawit Sen Fu, Tongod, Kinabatangan, Sabtu lepas, memerlukan jentera berat bagi melancarkan operasi di lokasi pencarian.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Mulliadi Al-Hamdi berkata menerusi penelitian anggota bertugas, jentera berat amat diperlukan bagi mengangkat kayu balak yang hanyut serta struktur binaan rumah pekerja ladang terbabit yang ranap dalam kejadian itu.

Menurutnya, pasukan SAR daripada APM turut menghadapi cabaran berikutan keadaan cuaca hujan renyai dan terpaksa berjalan kaki sejauh tujuh kilometer ke lokasi kejadian dengan beberapa jalan penghubung mengalami kerosakan teruk. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.