Wanita Dakwa “Puteri Sultan Pahang” Hadapi Lapan Pertuduhan Terima RM2.8 Juta

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya “puteri Sultan Pahang” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, di sini, hari ini atas lapan pertuduhan memperoleh wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM2,841,690.

Rohaida Yahil, 41, yang memakai baju T lengan pendek berwarna hitam dan tudung biru gelap, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan semula secara berasingan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum namun Rohaida yang merupakan eksekutif insurans itu menukar pengakuannya selepas melantik peguam. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.