Tiga Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara

SEPANG – Tiga anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini berlepas ke Longyearbyen, Svalbard, Norway sebelum ke Kutub Utara bagi menjayakan ekspedisi meluncur di atas ais sejauh 111 kilometer.

Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 disertai ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

Kumpulan itu akan menjelajah “Last Degree Ski” sejauh 111 kilometer di bawah cuaca yang sejuk ekstrem dengan suhu boleh mencecah negatif 50 darjah celsius selama 11 hari. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.