Kaunter Pasport Di Seluruh Negara Ditutup Pada 8 April

KUALA LUMPUR – Semua kaunter pasport di seluruh negara akan ditutup pada 8 April ini bagi kerja-kerja menaik taraf Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS).

Jabatan Imigresen (JIM) dalam kenyataan media di sini memaklumkan penutupan itu membabitkan semua kaunter pasport di ibu pejabat jabatan berkenaan serta cawangan JIM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang akan ditutup bermula 12 pagi sehingga 11.59 malam.

“Untuk makluman, kerja-kerja naik taraf Jabatan Imigresen bertujuan meningkatkan lagi kualiti capaian terhadap sistem utama JIM.

“Sehubungan itu, sepanjang tempoh masa kerja-kerja ini dijalankan, capaian terhadap sistem myIMMS akan mengalami gangguan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.