Kebakaran Musnahkan Rumah Tiga Sekeluarga Di Jengka

MARAN – Bagai sudah jatuh ditimpa tangga.

Itulah yang dialami anak peneroka, Saiful Shamsul Shuhairi Ghazali, 26, apabila rumah kediamannya bersama-sama ibu dan adik perempuannya, musnah dalam kebakaran di Felda Jengka 18 di sini, semalam.

Belum pun reda dengan kesedihan akibat kematian bapanya Ghazali Lebai Saari, 61, pada pertengahan Februari lepas, kali ini mereka sekeluarga berdepan musibah kebakaran yang menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.