Letupan Di Bangkok Berpunca Daripada Bom Paip

BANGKOK – Polis Thai tidak akan menolak sebarang kemungkinan dalam siasatan mereka berhubung insiden letupan semalam, yang mereka kini percaya berpunca daripada bom paip dan bertujuan menimbulkan keadaan kelam-kabut.

Ketua Polis Bangkok Lt Jen Sanit Mahathavorn yang membuat pemeriksaan di lokasi kejadian hari ini, berkata pihak berkuasa tidak akan menolak apa jua motif dalam usaha mereka untuk mencari kebenaran.

“Kami memerlukan bukti yang lengkap sebelum memuktamadkan kes. Tidak akan menolak apa jua kemungkinan berkaitan motif,” katanya ketika mengulas insiden di hadapan bangunan Government Lottery lama di Ratchadamnoen Road pada 8 malam (waktu tempatan).” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.