Uruguay Akan Mula Jual Ganja Di Farmasi

MONTEVIDEO – URUGUAY. Uruguay akan menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan ganja dijual di farmasi bermula Julai, kata pejabat presiden.

Langkah ini adalah langkah terakhir dalam perlaksanaan undang-undang revolasi Amerika Selatan itu yang diterimapakai pada tahun 2013 yang mengesahkan sepenuhnya pengeluaran, penjualan dan penggunaan ganja.

Undang-undang jualan farmasi itu ditangguh tanpa ditetapkan tarikh akan mula dilaksanakan namun pentadbiran Presiden, Tabara Vazque mengumumkan pelaksanaanya dalam satu sidang media.

“Ganja akan diagihkan ke farmasi bermula Julai,” kata pembantu presiden Juan Andres Roballi yang juga ketua Majlis Dadah Kebangsaan.

“Kira-kira dalam dua minggu pertama Julai,” katanya.

Dibawah undang-undang, pembeli perlu mendaftar pengguna ganja bagi memastikan mereka memenuhi prosedur pelesenan dan tidak melebihi pembelian maksimun bulan 40gram.

Pendaftaran hanya akan dibuka kepada warganegara Uruguay atau penduduk tetap dan akan dibuka pendaftaran pada 2 Mei,” kata Roballo.

Satu gram dijual $1.30 (RM5.77), kata Setiausaha Agung Majlis Dadah Kebangsaan, Diego Olivera.

Ganja tersebut akan dijual dalam paket lima atau 10 gram.

Sebahagian daripada hasil akan membiayai program pencegahan narkotik kerajaan.

Uruguay, negara yang mempunyai 3.4 juta orang, mempunyai anggaran 150,000 pengguna ganja biasa. – AFP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.