Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai banjir kilat yang melanda kawasan tersebut pada pukul  7 petang yang berpunca daripada hujan lebat.

Menurutnya, kediaman penduduk terlibat dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

“Mangsa dipindahkan menggunakan bot fiber ke rumah saudara mereka yang berdekatan.

“Pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Segar telah dibuka sebagai persediaan jika terdapat penduduk yang perlu dipindahkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE