Mangsa Banjir Lumpur Maut Jangkitan Kuman

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang terselamat dalam kejadian banjir lumpur di Kg Alintang di daerah Tongod, Sabah meninggal dunia kerana jangkitan kuman.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Zaleha Mandaya, meninggal dunia pada kira-kira pukul 5 pagi Ahad.

Terdahulu, Zaleha dikenal pasti pasukan menyelamat sebagai Jalikha Malingkut.

Ketua Polis Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, Zaleha dipercayai meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas kejadian banjir lumpur.

Suaminya, Abdul Kahalayan dan anak lelaki, Julaslam masih dalam proses untuk pulih selepas diselamatkan.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara 11 sekeluarga yang terlibat dalam kejadian 1 April lalu.

Enam daripada mereka meninggal dunia, manakala dua yang lain, Asma dan Alan masih hilang. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.