Budak Empat Tahun Maut Jatuh Balkoni

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari balkoni sebuah apartmen di tingkat 17 di sini, Ahad.

Insiden berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi di kawasan kediaman dekat Lorong Haji Hussein 2 di Kuala Lumpur.

Semasa kejadian, kanak-kanak itu dijaga oleh datuk dan neneknya kerana ibu bapa mangsa sedang sibuk menjaga kakaknya yang sedang menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan insiden tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.