FELDA Mahu Pulangan Pelaburan Yang Lebih Baik

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mahukan pulangan yang lebih dari pengurangan aset-aset syarikat untuk membantu mengelenggara program para peneroka.

 

Menyandang jawatan sebagai Pengerusi FELDA sejak tiga bulan lepas, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata dua tahun akan datang merupakan masa yang penting buat entiti kerajaan dan kepada 112,000 peneroka.

 

“Tahun lepas, jumlah pendapatan peneroka-peneroka adalah sebanyak RM3.9 Bilion. Itu adalah sebuah kuasa ekonomi. Kita mahu meneruskan falsafah di mana membangunkan kawasan luar bandar yang seimbang di samping memberikan galakan kepada orang ramai,” katanya dalam temu bual selepas 100 hari menjadi pengerusi entiti kerajaan yang paling berpengaruh di Malaysia.

 

Beliau merasakan bahawa pulangan daripada aset yang dipegang oleh FELDA perlu ditingkatkan dengan ketara berbanding dengan apa yang telah dijanakan.

 

Bagi tujuan ini, beliau mahukan pihak pengurusan organisasi tersenarai awam Felda Global Ventures Bhd (FGV) dan FELDA Investment Corp (FIC) untuk meningkatkan pulangan kepada para pemegang saham mereka.

 

FGV menyumbang kira-kira RM300 juta kepada FELDA setiap tahun, termasuk RM250 juta di bawah perjanjian pajakan tanah manakala pulangan daripada FIC adalah jauh berbeza daripada nilai dana milik kerajaan yang telah disumbang.

 

Untuk FGV, Shahrir berkata beliau mahu melihat syarikat itu kembali kepada tahap asas yang terbaik dalam menguruskan ladang dan meningkatkan pulangan kepada pemegang-pemegang saham mereka.

 

“Pulangan boleh diperbaiki. Kita pernah memiliki ladang (kini dipegang oleh FGV) dan kita tahu apa jenis pulangan yang boleh diberikan kepada pemegang saham.

 

“Mereka perlu mencari jalan untuk memperbaiki. Mereka boleh bekerjasama dengan syarikat-syarikat perladangan lain untuk meningkatkan keuntungan. Sebagai pemegang saham utama kita mahu melihat pulangan yang lebih baik. ”

 

Pada FIC, Shahrir berkata RM2 bilion dilaburkan dalam FIC, ia tidak memberi pulangan yang diharapkan selepas tiga tahun perkembagan yang tidak memberangsangkan sejak ditubuhkan pada tahun 2013. FIC mempunyai pelaburan dalam hotel, hartanah dan syarikat tersenarai.

 

Shahrir berkata beliau telah membuat perubahan terhadap senarai ahli lembaga FIC. Beliau sendiri meminta ahli lembaga untuk meletakkan jawatan berikutan prestasi syarikat yang mengecewakan.

 

“Saya serahkan kepada ahli lembaga baru untuk membuat keputusan mengenai hal-hal pelaburan. Ia terdiri daripada profesional industri dan sebahagian besar daripada mereka berada di luar Felda … jadi tidak ada konflik yang wujud. Mereka akan bertanggungjawab untuk prestasi FIC pada masa hadapan,” katanya.

 

Beliau menegaskan bahawa Koperasi Permodalan Felda (KPF), yang dimiliki bersama oleh ahli pihak pengurusan FELDA, pulangan sebanyak 10% setiap tahun kepada ahli-ahlinya atas dana sebanyak RM2.5 bilion. Pulangan KPF yang utama adalah dari pelaburan bijak dalam pasaran ekuiti dan juga dari usaha sama hartanah.

 

Felda mempunyai bajet tahunan antara RM2 bilion dan RM3 bilion untuk memenuhi kewajipan terhadap peneroka yang terdiri daripada penyediaan dari isu perumahan kepada isu pendidikan dan bantuan dalam menguruskan tanah.

 

Selain dari sumbangan FGV bernilai hampir RM300 juta kepada FELDA dan sehingga RM1 bilion daripada pencairan aset, FELDA telah mendapat pendatapan kasar lebih dari RM200 juta setahun daripada 40,000 hektar ladang yang dimiliki dan diuruskan. Syarikat itu menjangka akan menerima RM650 milion lebih dari kumpulan awal dan plaburan lain tahun ini, menurut Shahrir.

 

“Kita boleh mempertimbangkan sukuk jangka panjang untuk mengisi jurang pembiayaan. Dengan cara itu kita boleh membayar balik sebahagian pinjaman dan mengurangkan beban kos faedah,” katanya. Beliau juga menegaskan bahawa tawaran untuk mengambil alih kepentingan dalam Indonesia Eagle High Plantations Tbk tiada kaitan dengan keperluan pembiayaan semasa Felda.

 

“Ia dibeli dan dibiayai oleh Kerajaan. Ia hanya diletakkan dengan kami kerana kami adalah pakar minyak sawit. Bagi Felda atau penglibatan FGV, ia akan diputuskan kemudian,” katanya.

 

Shahrir telah menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi FELDA pada Januari lalu. Isa kekal sebagai Pengerusi FGV.

 

Dalam isu lain, Shahrir telah dituduh mengabaikan tugasnya kepada para peneroka seperti kata pembangkang. Beliau berkata sejak lima tahun lalu, FELDA telah memberikan dividen sebanyak RM227.4 milion yang dibayar oleh FGV kepada para peneroka, bersamaan RM2,187 setiap seorang peneroka.

 

“Pendapatan peneroka mendapat pulangan 100% dan FELDA tidak mengenakan sebarang yuran pengurusan. Hanya penolakan dibuat dari pendahuluan yang kita berikan kepada peneroka-peneroka untuk membantu mereka sewaktu ladang baru dibuka dan pokok kelapa sawit baru tumbuh,” katanya. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.