Tempoh Reman Adam Rosly Dilanjut

PUTRAJAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly disambung reman untuk empat hari lagi bagi melengkapkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan yang luar biasa.

Adam, 29 dibawa ke mahkamah majistret pada Selasa untuk permohonan melanjutkan tempoh tahanan.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan itu sehingga 22 April ini.

Sebelum ini, Adan ditahan reman ketika hadir di ibu pejabat SPRM untuk merakamkan keterangannya minggu lalu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kekayaan Adam mendapat perhatian ramai selepas seteru politiknya mempersoalkan bagaimana dia dapat memiliki kediaman mewah umpama istana di Ampang pada usia muda. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.