Ibu Tunggal Cedera Bergelut Dua Perompak

ROMPIN – Seorang ibu tunggal di Kampung Merlak di sini cedera selepas bergelut dengan dua lelaki yang memecah masuk rumahnya pada kira-kira 3.30 pagi, semalam.

Mangsa Mariani Edi, 52, yang terkejut dengan kejadian itu juga tidak menyedari dirinya cedera semasa memandu ke rumah anak sulungnya, Sabariah Burhanalis, 35, di Felda Selendang 4 di sini, bagi meminta bantuan selepas dapat melepaskan diri.

Sabariah berkata emaknya tiba di rumahnya sekitar pukul 5 pagi dalam keadaan cedera di muka dan tapak tangan, serta berulang kali memberitahu beliau telah dirompak. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.