Pelajar tahun satu Unimap maut terjatuh tingkat tujuh

PADANG BESAR 19 April – Seorang pelajar tahun satu Universiti Malaysia Perlis (Unimap) maut setelah terjatuh daripada tingkat tujuh bangunan kediaman pelajar Uniciti, Sungai Chuchoh di sini, hari ini.

Mangsa, Goh Xin Xi, 21, berasal dari Pulau Pinang ditemukan terbaring di aras bawah bangunan tersebut oleh rakan-rakannya pada pukul 2.55 petang.

Sebelum itu, Xin Xi, pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal dikatakan baru sahaja selesai makan tengah hari di sebuah restoran di kawasan terbabit selepas tamat kelas.

Dia kemudian memaklumkan kepada rakan-rakannya untuk naik ke kediamannya di tingkat tujuh untuk berehat sebelum rakan-rakannya terdengar bunyi dentuman, kira-kira 10 minit selepas itu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.