Abdul Latif Letak Jawatan Exco Johor

ISKANDAR PUTERI:  Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif mengumumkan peletakan jawatannya pada Khamis.

Perletakan jawatan tersebut adalah susulan daripada pendakwaan ke atas dirinya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru melibatkan kes dakwaan rasuah.

Abdul Latif mengumumkan keputusan itu melalui satu kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya, beliau turut merakamkan penghargaannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar Khaled Nordin kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada pentadbiran.

“Saya dengan ini mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan sebagai Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

“Di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan Exco, masyarakat Mersing, rakyat  serta pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk melalui proses perundangan ini dengan seadil-adilnya,” katanya. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.