Annuar Musa Dakwa Tak Terlibat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa mendakwa beliau tidak terlibat atau memberi arahan dalam proses rundingan dan  keputusan berhubung pakej pengiklanan dan pemasaran antara Mara dan The Red Warrior (TRW).

Kata Annuar, proses melibatkan pasukan bola sepak Kelantan itu dilakukan menerusi anak syarikatnya Pelaburan Mara Berhad (PMB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Malahan, jelas Ahli Parlimen Ketereh itu, proses tersebut dilakukan pihak pentadbiran Mara tanpa melibatkan arahan beliau.

“Saya tak terlibat dalam membuat keputusan, perundingan atau mengarah jauh sekali. Dakwaan dalam Facebook gunakan dana pendidikan untuk isu tajaan itu fitnah kotor,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara di sini Rabu.

Annuar memberi keterangan selama sejam bermula pukul 11 pagi Selasa di hadapan Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Mara,Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.