Sebuah Rumah Dihempap Pokok Ketika Hujan Lebat

SEREMBAN – Sebuah rumah dihempap sebatang pokok kelapa akibat hujan lebat dan angin kuat di Felda Bukit Jalor, Tampin dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira 6 petang itu.

“Menurut Ketua Kampung Felda Bukit Jalor, kejadian berpunca apabila pokok bidara di belakang rumah berkenaan disambar petir ketika hujan lebat lalu tumbang mengenai pokok kelapa di sebelahnya dan pokok kelapa berkenaan telah mengenai bahagian dapur rumah tersebut.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.