Projek Perumahan FELDA Soeharto Gagal Terlaksana Kerana Tidak Diluluskan Oleh Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR – Punca projek pembinaan perumahan untuk generasi kedua FELDA di FELDA Soeharto gagal terlaksana hingga kini kerana tidak diluluskan oleh kerajaan Negeri Selangor sejak ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2010.

Projek yang melibatkan 200 unit rumah di atas tapak seluas 12 hektar itu tidak mendapat kelulusan kerajaan Negeri Selangor disebabkan sikap tidak mahu mengutamakan rakyat selain bersifat politik.

Pada 6 Januari 2012, Najib pernah meluahkan rasa kecewa di atas sikap kerajaan Negeri Selangor yang tidak mahu menyediakan kediaman yang lebih selesa dan murah kepada rakyat, menurut sumber dari blog captainmgs.blogspot.com.

“Projek ini terbantut kerana, walaupun tanah itu dimiliki Felda, tapi terpaksa diserah balik kepada kerajaan negeri untuk diberi balik kepada kita dan dipecahkan lot. Itu yang tak diluluskan kerajaan negeri sampai sekarang,” kata Najib.

FELDA sebelum ini telah memohon pelupusan secara Pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara seluas 14.65 hektar di Mukim Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor bagi tapak projek pembinaan perumahan itu.

Selain itu, permohonan itu telah mengikuti prosedur pengambilan tanah termasuk pematuhan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 4/1986 bagi tanah yang diwartakan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok)1960.

“Jabatan Peguam Negara telah menyatakan bahawa bagi tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah seksyen 4 Akta yang berkenaan, tindakan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 akan hanya boleh diambil setelah kawasan tersebut ataupun bahagian yang terlibat dengan pengambilan tanah DIBATALKAN dahulu sebagai kawasan penempatan berkelompok di bawah seksyen 44 Akta Tanah (Kawasan-kawasan Penempatan Berkelompok) 1960”.

Namun, kerajaan Negeri Selangor telah menolak permohanan tersebut mengikut surat penolakan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor Bil (80dlm PTUS 2C/04/246/122010 bertarikh 19.9.2011 melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor MMK ke 27/2011 melalui Kertas Exco MTES No2/21/2011.

 

Pihak Berkuasa Negeri (PBN) juga terlibat dalam menolak permohonan pelupusan oleh FELDA di mana keputusan penolakan itu adalah muktamad dan tidak boleh dikemukakan ke mahkamah mengikut Seksyan 204E.

Justeru itu, projek perumahan FELDA Soeharto ini tidak akan terlaksana sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak memberikan kelulusan.

Kegagalan perlaksaan projek pembinaan rumah itu diguna pakai oleh penyokong-penyokong pakatan sebagai salah satu kegagalan Barisan Nasional (BN) dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga menggunakan kegagalan perlaksaan projek pembinaan itu kerana tidak menerima sebarang permohonan kecuali permohonan melupusan pemilikan seluas 14. 65 hektar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.