Kebakaran yang tercetus di sofa rumahnya itu dipercayai berpunca daripada api kertas yang dibakar mangsa.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3 petang daripada seorang jiran berhampiran rumah mangsa berikutan semasa kejadian, kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhamad itu tinggal berseorangan dengan keadaan rumah berkunci.

“Semasa tiba di lokasi, kebakaran masih kecil dan belum merebak manakala kanak-kanak terbabit hanya menangis dan dia diserahkan kepada jiran selepas operasi pemadaman dilakukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE