Ibu Tonton Anak Sendiri Dibunuh Di Facebook Live

PHUKET – THAILAND. Ibu kepada bayi yang maut digantung seorang lelaki dan disiarkan di Facebook Live menggambarkan betapa ngeri dan luluh hatinya menyaksikan sendiri perbuatan teman lelakinya itu.

Jiranuch Trirat yang berusia 22 tahun dari Phuket mengakui sangat terkesan dan sedih selepas teman lelakinya Wuttisan Wongtalay menggantung anak perempuannya Natalie 11 bulan di sebuah bangunan terbengkalai sebelum bertindak membunuh diri.

Lelaki itu menyiarkan pembunuhan Natalie di Facebook Live yang turut disaksikan Jiranuch pada petang kejadian.

“Saya berada dengan abang saya ketika itu dan dia melayari Facebooknya.

“Ketika melayari Facebook, secara tiba-tiba kami melihat satu rakaman melalui FB Live.

“Ketika meneliti video berkenaan, saya lihat dia (Wuttisan) menggantung anak perempuan saya dengan tali dan tidak mampu terus menontonnya lagi,” katanya dipetik AFP.

Video ngeri itu terus tersebar dan gerakan mencari oleh saudara mara serta polis dibuat dan mayat Wuttisan dan Natalie ditemui hanya beberapa jam kemudian.

Bagaimanapun, punca lelaki itu bertindak demikian masih belum diketahui.

Jiranuch berkata, dia dan teman lelakinya sering bertengkar terutamanya berkaitan bekas suaminya.

“Dia sering mendera anak lelaki saya, Sanook.” katanya

Namun menurut Jiranuch, Wuttisan sangat baik dengan anak perempuan, Natelie dan menambah ketika kejadian, dia meminta teman lelakinya itu menjaga anaknya itu sementara dia menghadiri kelas di sekolah berdekatan.

“Apapun yang teman lelaki saya lakukan, saya memaafkannya kerana menyimpan rasa marah tidak akan dapat mengembalikan semula anak perempuan saya,” kata Jiranuch. – AP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.