Pendaftaran Sekolah Agama Persendirian Akan Dipercepatkan – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri bagi mempercepatkan pendaftaran sekolah agama persendirian termasuk madrasah dan tahfiz.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata perbincangan akan diadakan pihaknya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam masa terdekat.

“Selepas 1 Mei ini saya akan duduk bersama Datuk Seri Jamil Khir…kita akan bincang bagaimana nak percepatkan dari segi pendaftaran sekolah-sekolah ini.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.