JJPTR: Polis Minta Pelabur Ditipu Buat Laporan

SHAH ALAM: Polis meminta para pelabur skim kewangan berpangkalan di Pulau Pinang, JJPTR supaya membuat laporan sekiranya mereka berasa ditipu.

“Apa sahaja kes melibatkan deposit seperti ini akan disiasat bersama dengan Bank Negara.

“Saya harap mereka yang telah ditipu tampil membuat laporan polis,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

JJPTR menjadi perhatian selepas para pelabur mengadu mereka tidak mendapat bayaran seperti yang dijadualkan pada bulan lalu.

Syarikat itu mendakwa akaunnya digodam, mengakibatkan kerugian kira-kira RM500 juta. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.