Penganjur Kejohanan Catur Perlu Jelaskan Isu Etika Pakaian

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah menggesa penganjur Kejohanan Catur Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 memberi penjelasan berkaitan seorang peserta perempuan berusia 12 tahun yang menarik diri daripada pertandingan.

Dalam satu kenyataan pada Rabu,  kementerian berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat  sedang mengumpul maklumat lanjut daripada pihak penganjur mengenai kejadian itu.

“Pihak penganjur perlu memberikan penerangan yang jelas mengenai punca peserta itu tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan ini, sama ada ia disebabkan pakaian atau isu-isu lain,” jelas kenyataan tersebut.

Kementerian merujuk kepada kejadian 14 April lalu apabila seorang peserta perempuan ditegur mengenai pakaiannya yang tidak sesuai dan pengarah kejohanan tidak membenarkannya meneruskan pertandingan jika terus memakai baju yang sama.

Tambah kenyataan itu, melarang peserta daripada bertanding kerana pakaian adalah sesuatu yang tidak betul, kecuali ia jelas dinyatakan dalam peraturan kejohanan. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.