Sayuran Jadi Hadiah Sukan Sekolah

HENAN – CHINA. Sebuah tadika di utara China menjadi perhatian selepas memberikan sayur-sayuran sebagai hadiah untuk pemenang hari sukan sekolah, menurut laporan media.

Pemenang tempat pertama acara sukan yang dianjurkan sebuah tadika di Zhengzhou, wilayah Henan ialah kobis, menurut laporan Pear Video sementara hadiah tempat kedua pula ialah timun manakala bawang bagi tempat ketiga.

Salah seorang guru dipetik sebagai berkata, hadiah sayur sayuran adalah berkaitan dengan Hari Buruh pada 1 Mei.

Beberapa foto menunjukkan murid memengang salad yang dihiasi reben merah dan banner pertandingan tersebut yang tertulis slogan ‘Saya bersukan, saya sihat, saya mengambil bahagian, saya gembira’.

Memetik South China Morning post, hadiah luar biasa mendapat perhatian netizen yang berseloroh mengambarkan hadiah-hadiah berkenaan sebagai ‘sukar dipercayai’.

Walaupun sesetengah pengguna dalam talian melahirkan rasa simpati kepada murid-murid berkenaan, namun ada yang menyifatkan tindakan tadika berkenaan sebagai kreatif.

“Saya rasa tidak ada masalah dengan hadiah berkenaan. Sekurang-kurangnya kanak-kanak tahun jenis sayur berkenaan,” kata seorang pengguna media. – SOUTH CHINA MORNING POST

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.