Elak Pembakaran Terbuka Pada Musim Panas Dan Kering Sekarang – Wan Junaidi

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka sewaktu musim panas dan kering yang melanda beberapa kawasan negara pada masa kini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) yang dikeluarkan semalam, sebanyak dua titik panas kebakaran dikesan dalam negara iaitu di Pahang dan Terengganu.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi mana-mana pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.