ANAK Gempur Rasuah FELDA, Itu ‘Syok’ Sendiri – Shahrir Samad

PUTRAJAYA – Tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak FELDA Kebangsaan (Anak) yang bekerjasama dengan NGO Hisbah Center For Reform (Hisbah) menandatangani memorandum memerangi rasuah di kawasan FELDA hanyalah tindakan seronok sendiri, kata Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahri Abdul Samad.

Menurut Shahrir, FELDA telah pun membuat ikrar ‘Anti-Rasuah’ bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat lebih berkesan menangani rasuah berbanding kerjasama Anak dengan Hisbah.

Malah, Shahrir berkata, FELDA telah mengambil langkah ikrar itu terlebih dahulu dari Anak untuk membetulkan organisasi minyak sawit itu secara dalaman.

“Itu seronok sediri, kita tak boleh halang. Dia ‘syok-sendiri’.

“Kita dari FELDA, dah pun buat ikrar ‘Anti-Rasuah’ bersama dengan SPRM. Jadi adakah apa yang dia (Anak) buat ini lebih berkesan dari kita?

“Kita ambil langkah lebih mendahului dari mereka untuk membetulkan secara dalaman, dengan mengadakan amalan integriti dan juga adanya amalan menolak perbuatan rasuah,” kata Shahrir ketika sidang mendia Sambutan Hari Peneroka Ke-60 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya, hari ini.

Semalam, dalam memorandum antara Anak dan Hisbah itu, Anak telah menyasarkan kawasan Parlimen Pekan yang dipegang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai lokasi pertama untuk memerangi rasuah.

Tindakan Anak yang menandatangai memorandum tersebut dilihat Shahrir hanya mahu menarik perhatian media sebagai cara untuk menang pilihan raya akan datang.

“Kalau buat mcm itu (perhatian kawasan Najib) adalah mahu dapatkan perhatian dari media. Itu semua maknanya hanya untuk menarik perhatian media untuk menang dalam pilihan raya.

“Tapi yang menang bukan sebab media, tapi sokongan daripada kalangan pengundi terutama peneroka FELDA dan warga FELDA,” katanya.

Bagi Shahrir, FELDA ketika ini hanyalah sebuah organisasi yang mementingkan kelangsungan FELDA demi peneroka-peneroka FELDA.

“FELDA ialah sebuah organisasi yang berkemampuan dari kewangan dan pengurusan.

“Yang nak dipentingkan adalah kelangsungan FELDA dari segi hubungan dengan peneroka FELDA dan semua kerana semua itu di bawah akta-akta yang termaktub. Apa yang ada pada peneroka kekal di tangan peneroka FELDA. Hasil dari kebun mereka kembali kepada mereka 100%, tidak ada perubahan. Hanya yang kita nak lihat adalah kelangsungan FELDA sebagai organisasi,” tambah Shahrir.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.